
Selain untuk kegunaan
beribadah dan beriktikaf, bangunan ini juga menyediakan kemudahan penginapan,
bilik seminar/konferen dan mesyuarah dengan kadar sewa yang terendah serta
kemudahan makan-minum untuk para pengguna.
Terdapat 18 kamar musafir (ala hotel) sebagai tampat penginapan bagi mereka
yang berkunjung ke Kuala Lumpur untuk melancong, menziarahi sanak saudara,
menghadiri majlis perkahwinan, konvokesyen dan sebagainya. Kepada para
peniaga, ahli korporat, badan-badan kerajaan dan separuh kerajaan serta
kumpulan-kumpulan, kompleks ini sangat sesuai untuk berseminar dan bermesyuarah
di dewan persidangan dan bilik mesyuarat yang lengkap dengan peralatan.
Lokasi kompleks ini amat strategik kerana terletak di Pinggir Taman Tun
Dr Ismail, berhadapan dengan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan bersempadan
antara Kuala Lumpur - Petaling Jaya. Kemudahan-kemudahan seperti kompleks
membeli belah, Pusat Pengajian Tinggi seperti Kolej Bandar Utama, Universiti
Malaya dan lain-lain, juga beberapa pusat perubatan termasuk Hospital
Universiti, Damansara Specialist Centre, Hospital Selayang serta lain-lain
kemudahan terdapat di sekitarannya. Perjalanan dari lokasi ini ke Lapangan
Terbang Subang hanya mengambil masa 10 minit, KLIA hanya 30 minit dan
Pusat Bandar Kuala Lumpur hanya mengambil masa 20 minit sahaja.
Keistimewaan Masjid Al-Ghufran
- Kamar Musafir ala Hotel
- Dewan Persidangan dan Bilik Mesyuarat
- Dewan Makan dan Menu Makanan
- Lain-lain Kemudahan
|